Demo Blog

KetEnaNgaN Bagi HatI YanG ReSah

by Mohd Kharul Anuar b. Abdul Rahim on Nov.22, 2009, under



Mencari tempat sunyi, kemudian duduk dan relaks adalah antara cara meditasi popular di Barat. Selepas itu menyebut kalimat seperti `Ham Sah', suatu mantera dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud "Aku ialah itu." Orang yang bermeditasi disuruh menjaga dan menyedari pernafasan.

Ketika menarik nafas, disuruh mengeluarkan kalimat `hammm...'. Sewaktu mengeluarkan nafas, keluarkan kalimat `saah...'. Mereka memejamkan mata dan mengulang proses itu selama beberapa minit

Solat dan zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Ia pasti lebih baik daripada meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah datang daripada Allah dan rasul. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan dengan khusyuk.

Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: "Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."
Abdullah menjawab: "Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat:

Pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu."

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.

Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria.

Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama `cortisol' juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk.

Benarlah firman Allah bermaksud:
"Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)
0 comments more...

Rawatan bagi penyakit hati

by Mohd Kharul Anuar b. Abdul Rahim on Nov.22, 2009, under


Kadangkala hati kita ini berpenyakit tetapi kita langsung tak menyedarinya. Sakit yang dimaksudkan bukanlah sepertimana sakitnya ketika tahap kelajuan perkhidmatan jalur lebar yang kita gunakan tidak seperti yang dijanjikan ataupun sakitnya hati ketikamana pada hujung-hujung tahun begini syarikat kita bekerja tidak memberikan bonus. Sakit disini adalah berkenaan dengan rohani yang mana membenihkan perbuatan-perbuatan mazmuhah pada diri seseorang .Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa hati kita sekarang ini berpenyakit ialah apabila beberapa sikap ini ada pada kita :
  • Buruk Sangka
  • Sombong
  • Mudah Marah
  • Riya’
  • Hasad Dengki
  • Munafik
  • Mengumpat
  • Bakhil
  • Berat untuk melakukan ibadah
Bila berbicara tentang permasalahan hati, tentu kita takkan lupa sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Ketahuilah daging tersebut ialah hati”

Hadis direkodkan Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir.
Jika H1N1 merebak melalui virus maka hati-hati yang sakit juga disebabkan oleh virus-virus tersendiri. Antara virus yang dikenalpasti menjadi racun kepada hati ialah apabila kita berlebih-lebihan dalam pergaulan dimana kita melampaui batas sewaktu menutur kata sehingga tak berupaya mengawal lidah dari mengumpat, mengeji, memfitnah dan sebagainya.
Gagal mengawal pancaindera dari melihat perkara-perkara yang haram juga merupakan racun yang melumpuhkan hati. Begitu juga dengan kegagalan mengawal kehendak perut sehingga kita selalu berada di dalam keadaan kekenyangan. Cuba koreksi diri kita sekarang. Apakah virus-virus yang disebutkan ini telah menular dalam diri kita?
Jika ada , sebaiknya kita rawat secepat mungkin sebelum menjadi lebih parah. Disini ada sedikit tips dari Ustazah Cakar Harimau, Dato’ Siti Norbahyah Mahmood yang dipetik dari majalah Solusi (#8). Antara yang dianjurkan ialah :
Sentiasa Berbaik Sangka
Antara langkah berbaik sangka seperti hadapi kawan atau musuh dengan wajah yang tenang, gembira, sopan rela hati dan elakkan menyombong dan meninggi diri.
Buang Segala Sikap Hasad Dengki
Hapuskan sikap hasad dengki terhadap insan lain. Hidup tidak akan tenang selagi sikap mazmumah tersebut tertanam di dasar hati. Lihatlah orang yang sentiasa hasad dengki terhadap orang lain, akan menyebabkan orang itu sentiasa mencari jalan melakukan kejahatan kepada orang lain. Mereka suka mengumpat dan menjadi batu api.
Senyumlah!
Senyumlah agar dunia turut tersenyum kepada kamu. Namun, perlu diingat senyum itu memang sedekah tetapi janganlah disalahgunakan untuk memancing maksiat pula. Selain itu senyum juga meransang wajah sentiasa awet muda. Jadi, senyumlah selalu!
Gemar Menghadiri Majlis Ilmu
Orang yang gemar menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah swt dan hidupnya sentiasa dinaungi para malaikat. Majlis ilmu seperti majlis zikrullah, majlis tilawah al-Quran, ceramah agama, multaqa’ ulama dan sebagainya.
Hiasi Diri Dengan Sikap Ikhlas
Ikhlas dalam mengerjakan ibadah dan kebajikan hanya kerana Allah swt serta mengharapkan keredaan-Nya. Jauhi dari mendambakan pujian atau kemasyhuran manusia. Niat yang benar menentukan keikhlasan kita.
Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA juga ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:
“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Oklah, sebelum kita sama-sama merawat hati kita mari dengarkan nasihat diatas dalam bentuk lagu yang disampaikan oleh Opick ini.
Selamat Merawat Hati!




opick~~Ubat Hati
hayatilah..
0 comments more...

Karangan terbaik UPSR 2007 Karangan budak darjah 4

by Mohd Kharul Anuar b. Abdul Rahim on Nov.22, 2009, under


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

0 comments more...

WAHAI HATI…..DENGARLAH…..

by Mohd Kharul Anuar b. Abdul Rahim on Nov.22, 2009, under

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya.  Bukankah ini yang dinamakan iman…………
Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.’
Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.
Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.
Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’
Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….
sumber:

Laman Nurani

 

0 comments more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

~~hElwA TeLingA~~

~TeTAmu~